Thursday 19 September 2013

SAHABAT

      
Sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dengan kita selain menjadi tempat kita berkongsi dan menceritakan permasalahan hidup dan sahabat juga menjadi penasihat dan pembimbing kita di kala kita kesusahan . Namun sahabat juga terkadang boleh menjadi racun dalam kehidupan kita jika kita salah memilih.
 
*Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kita  harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Betoi dak ? Huuu~
 
 
Contoh la kan , melarang dia  membuat itu dan ini malah  sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kita  terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kita  saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya
 
 
 
 
 * Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidik dulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah sahabat kita  itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.
 
 
 


*Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kita bersikap mengalah. Kita  dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kita  sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuan kita  semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan kita  Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kita  pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya.
 
 
*Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kita sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan kita sendiri .
 
 
 
 


*ambil dari rujukan :



CARA-Cara memilih Sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


:: tu ja kot yang boleh syera kongsi . Heeee . Jumpa lagi  uolssss  :)



With Love ,

Syera Shushie  XOXO




 
 
 

 

No comments:

Post a Comment