Sunday 22 June 2014

              Hai !!  Dah  lama  aku  tak update blog  disebabkan  takdak  wifi  kat   kolej  . Hehe   . Winduuu   kat  blog laaaa . Hmm  nak   update  pasal  ape ye ? Haha  mesti  ada  yg cemuih  sebab  aku  update  pasal  cinta jaaa . HokAlorhh . Nak buat  mcm  mana  kan .  Yg tu ja  yg aku suka . Kihkihkih ,  Hubungan  aku   dh cukup   setahun  dua  bulan . Ingatkah dia ? harap2  dia ingat la yee . Huhu ,

          Semakin   hari  semakin  syg , semakin   hari   semakin rindu . Tu ja yg  boleh  aku ungkap   kat   sini . Aku   tak  reti nak  ungkap   depan2  si  dia  kerana   timbulnya   perasaan  malu  dan  segan . Huhu . Lanie   tiap2   hari   aku  kena  tatap wajah dia  , kalau   sekejap   pun jadi laaa . Sebabnyaaa   nanti   aku   dah  habis study  dah  . Dah  jauh daripadanya . Dah   tak  boleh  tengok muka  dia   . Boleh tu boleh  tapi bukan  setiap  hari mcm sekarang . Tahukah dia ? Tahukah dia sebab  aku nak  tatap wajah  dia  tiap2 hari ? Aku  harap  dia pun rasa  apa   yg aku  rasa  :)


     Dan   terima   kasih   atas   hari   jadi   yg special  tuuu , aku  sangat  suka   hadiah  yg   dia   bagi   kat   aku . Here . Terima  kasih sebab  dah  pandai  pujuk  aku  sebelum  malam  hari  jadi  aku . Terima  kasih .  Terima  kasih   sebab   meluangkan  masa  dengan  aku .   Semua  tu   kenangan .  Aku  harap  dia  pon  suka  hadiah  hari  jadi  pemberian  dari aku  . Awak   pakai laa selalu yeee .  Sebaknyaaa  bila   aku  akan  tinggalkan   kolej  nie  tak  lama  lagi . Awak   tolong   lah  jaga  hubungan  kita walaupun  nanti   berjauhan . Tolong   mempertahankan  hubungan  kita . Tolong kukuhkan lagi  cinta  kita  walaupun   saya  tiada   di sisi   awak  . Tolong  sentiasa   sematkan saya sentiasa   dalam   hati   awak , ingatan  awak   dan memori   awak , Sebab ..........    daripada  mula  kita   kapel   sampai lah  sekarang  saya   sentiasaa    buat    macam tuuu .  


  Org   selalu  kata  True  love doesn't   exist . Tapi   bagi   aku   cinta  sejati tuuu  wujud  walaupun susah   tapi   cinta sejati tuu mmg  wujud .  Hmm sampai   sini  jela  coretan   aku  . InsyaAllah   aku   akan   tulis   coretan   lagi .  Assalamualaikum   ,



With   Love   ,

Syera _ Shushie



   

Thursday 17 April 2014

       16  April 2012 - aku menangis , aku tak berdaya , aku  lemah , aku  seorang  perempuan  yang tak  kuat  . Tidak  sama  kali  .  Kenapa  aku  tak kuat  mcm  perempuan  lain ?  Aku  sendiri  tiada   jawapan  untuk  soalan  itu . Mungkin aku  dilahirkan   utk  menjadi  perempuan  yang  hati  tersangatlah  lembut  , cepat   tersentuh  , menyusahkan  hidup orang lain  dan  semestinya  kaya  dengan  air mata  . Pemarah  ?  Bukan sifatku   Tapi tipu  lah  jika manusia  tidak  pernah  marah . Aku  juga pernah   mempunyai  perasaan marah  tetapi  marahku  cumalah  sementara .


   Apa  yang terjadi pada  hari   ini  lah  tidak  dapat  aku lupakan  . Dan  untuk   awak gule  hati ,  saya   mintak maaf  banyak2  kerana  telah   mengecewakan   dan  menyakitkan  hati  awak    pada   hari  ini   . Tapi  percayalah  apa   yang  saya buat  tadi  itu   bukan  sengaja  . Tapi ada  sebab  . Saya telah  memberi  penjelasan  dekat   awak  kenapa saya  tidak menyertai  awak   tadi  . Kalau lah  awak  tahu   ,  saya  memang nak  pergi  dekat  awak  tadi  tapi  saya   tak  boleh   . Saya memang  tidak   boleh berdiri  apatah  lagi   berjalan  ke  arah  awak   .Kalau lah  awak  tahu .....Yaa  kalau  lah awak  tahu  .


Andai  awak   tahu  tak  saya  menyertai  badminton     semuanya    untuk   awak  ? Kalau lah awak tahu  antara   permainan yang  saya  tidak  suka  ialah   badminton  . Tapi  bila  awak  mengajak   saya bersungguh2 dan  hari sabtu  ini  ialah   setahun  ulang  percintaan   kita   , saya  bersetuju  untuk  menyertai awak  . Saya   nak  awak  happy  jaaa  dan  saya  tak  nak mengecewakan . Malangnya  saya  rasa   saya  dah  kecewakan  awak  . Maafkan saya .


Dua  hari  lagi   ulang  tahun percintaan  kita . Ya  Allah  , saya  rasa  cepatnya  setahun  kita  berkawan  . Tapi ...   saya  teramatlah   sedih   . Mungkinkah  kita  dapat  menyambut   hari   bahagia  trsebut ? Adakah  awak   akan   ingat  hari  tersebut  setelah   terjadinya  perkara  tadi ? Saya  tak tahu . Saya   terkelu   apabila   awak  mula   meninggikan suara  dan  mengeluarkan  kata yang  tak  sepatutnya .  Ya  Allah  , kalau lah  awak  boleh melihat  reaksi  muka   saya  ketika  itu  . Kalau lah awak   dapat  rasa   apa   yang  saya  rasa . Kalau lah saya boleh putarkan masa itu balik . Kalau lah saya boleh  berdiri   dan  berjalan  menuju  ke  arah  awak . Kalau lah ....  Saya  memang  terkelu .
Kalau lah  saya  boleh  bagitau  awak  yang time  awak  daftar  nama kita berdua  , saya  dah  mula  berlatih  untuk  main  badminton  padahal  saya  memang tak  pandai  dan  tak  suka  bermain  badminton . Kalau lah  awak  tahu .... Saya cuma  boleh  berdiam   sebab   awak   tidak  mahu   mendengar   penjelasan  saya  . Ya  Allah  , saya  dah  kehilangan  kata . Kalau   saya   boleh  baik pulih  keadaan  ini   tapi   saya  dah  tak  boleh   . Mungkin  awak  dah  bencikan  saya  . Maafkan  saya  . Saya  rasa   saya   dah  jadi  terbaik   untuk  awak   tapi   saya   rasa  saya  salah .


19  April 2014  nie dah  setahun  kita  berkawan  . Happy  Anniversary   to  us . Saya  harap  awak   ingat  tarikh  nie  walaupun   awak   masih  marah  dengan  saya  .




With   Love  _Syera _ Shushie

Sunday 9 March 2014

Doakan MH370

Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang Terhempas : Tanggal 8 Mac 2014 awal pagi tadi, rakyat Malaysia amnya dan dunia dikejutkan dengan berita yang tersebar luas apabila didapati Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Terbaru menerusi semakan Berita Semasa terhadap berita terkini Yahoo Singapore yang telah disahkan sendiri oleh tentera Vietnam, pesawat MAS KL – Beijing hilang terhempas di Laut China Selatan.


Seluruh dunia sedang mengikuti secara dekat berita terkini tragedi Pesawat MAS KL – Beijing hilang. Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.
Terbaru diberitakan China telah pun menghantar 2 buah kapal ke Laut China Selatan. Tentara Filipina juga telah menghantar 3 buah kapa l dan sebuah pesawat pemantau bagi operasi menyelamat tragedi pesawat Malaysia Airlines hilang kali ini..




Berita Terkini Pesawat MAS KL – Beijing Hilang & Terhempas? Senarai Nama Penumpang :


Nama Penumpang Malaysia Airlines Hilang



  1. Fariq Ab. Hamid
  2. Zaharie Ahmad Shah
  3. Foong Wai Yueng
  4. Goh Sock Lay
  5. Gomes Patrick Francis
  6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
  7. Junaidi Mohd. Kassim
  8. Andrew Nari
  9. Ng Yar Chien
  10. Tan Ser Kuin
  11. Tan Size Hiang
  12. Wan Syaid Wan Ismail
  13. Anne Catherine Daisy (MYS)
  14. Bai Xiaow (CAN)
  15. Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
  16. Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
  17. Brooskii Nikolath (RUS)
  18. Burrows Rooney (AUS)
  19. Chan Huan Peen (MYS)
  20. Chen Weihoing (MYS)
  21. Chew Kar Mooi (MYS)
  22. Chng Mei Ling (MYS)
  23. Chuang Hsiu Ling ((TWN)
  24. Chustrak Oleg (UKR)
  25. Deineka Sergii (UKR)
  26. Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
  27. Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
  28. Gu Naijun (AUS)
  29. Guan Hua Jin (MYS)
  30. Huang Tianjui (CHN)
  31. Hue Pui Heng (MYS)
  32. Jee Jing Hang (MYS)
  33. Jiang Cuiyun (CHN)
  34. Koh Tiong Meng (MYS)
  35. Kolekar Chetana Vinod (IND)
  36. Kolekar Vinod Suresh (IND)
  37. Kozel Christian (AUT)
  38. Lawton Catherine (AUS)
  39. Lawton Robert (AUS)
  40. Lee Kah Kin (MYS)
  41. Lee Sew Chu (MYS)
  42. Li Hongjing (CHN)
  43. Li Yuan (AUS)
  44. Lim Por Chua (MYS)
  45. Lui Ching (CHN)
  46. Maraldi Luigi (ITA)
  47. Meng Leoinf (USA)
  48. Meng Nicole (USA)
  49. Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
  50. Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
  51. Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
  52. Mukherjee Muktesh (CAN)
  53. Muzi Yusop (MYS)
  54. Ng May Li (MYS)
  55. Noorida Mohd. Hashim (MYS)
  56. Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
  57. Norliakmar Hamid (MYS)
  58. Ramlan Safuan (MYS)
  59. Sharma Chandrika (IND)
  60. Shirsath Kranti Pralhad (IND)
  61. Sim Keng Wei (MYS)
  62. Siregar Firman Chandra (IND)\




Allah hilangkan mereka dgn sekelip mata dalam rada boleh hilang macam tu ja . Kemana mh370 ? Persoalan yang sangat sukar . Kita lupa yang kita duduk dekat muka bumi Allah dia yang menciptanya dari setiap benda hidup . Kita lupa kemana kita berada dia yang genggam kita . Kapal yang paling selamat dalam dunia . Pilot yang selamat dalam dunia . Pilot yang berpengalaman . Tapi tetap hilang . Cari dima...na mh370 . Satu lautan besar 12 negara membantu pelbagai elotronik digunakan nak cari dimana mh370 tapi ingat kita tak boleh lawan kuasa Allah . Dia pegang kita . "Kunfayakun" sepotong ayat sekali Allah menyebutnya maka jadilah ia . Mungkin umat islam lupa pada Allah . Jangan salahkan pilot tapi salahkan kita diri sendiri . Kita lupa padaNya . Kita tak rindu padaNya . Kita redha terima dugaan ini . Renung2kan .


Thursday 28 November 2013

Dugaan datang lagi !

 Hai guys !  Semua sihat ?Ya  Allah  ! Lama gila  syera tak update blog . Dah berhabuk dah blog nie kan . Hehe . Hmm  so apa yang  syera nak cerita eh . Hmm . Cerita pasai posting lah .  Syera  dapat posting kat Hospital  Besar  Kulim .  Seriously , tak best lah practical kat situ . Tension . Maybe sebab  syera tak ada banyak ilmu kat situ . Syera rasa syera paling bodoh kat situ . Hmm .Memang bodoh  pun .  Syera  sampai sakit kot . Stress you all ! Syera dok mc ja . Hmm . Sebenarnya syera tak kuat . Sampai kena pi hospital . Kononnya doctor suspect syera kena appendiks . Haaaaa . Syera  kena amik darah lagi . Hmm memang macam nak pengsan lah kan kalo tengok tuu jarum panjang macam mna . Syera kena tahan dua jam  . Nasib baik ada kawan2 yang setia menemani dan jugak cinta hati . Terima kasih cinta hati . Terharu sebenarnya bila awak teman syera sampai lah pukul 1 pagi , Terima kasih syg . Dan cincin tu akan syera pakai  dan jaga elok2 walaupun cincin tu memang longgaq sebab cincin tu milik awak . HAHAHAHA . Sememangnya syera rindu kenangan kita tu kat hospital tu . Ehem Ehem . Haha . Stop merapu syera !


 Hmm . I got to go . Lapaq sudaaaaa . Nnti update lagi yaaa  . See you guys !




With  Love    ,

Syera  Shushie <3

Monday 7 October 2013

7 October

       Hey you all ! Semua  sihat  ka ? Rasa macam  dah lama pulak  tak  update blog ni  haaa. Yela sekarang  Syera  macam  busy sikit . Dah nak final exam dah . Hmmm takotnyeeee .  Kenapa Syera takot ?  Sebabnyaaa  Syera main2 dan tak focus sangat  semester  nii  . Banyak  masalah  bermain  di fikiran . Tapi takpalah  rasanya semua masalah tuu dah setel  .  Alhamdulilah .  Harap masalah2  tersebut  tidak  berulang  lagi . Mungkin  Allah nak uji  Syera kan .  Yelaaa  kekadang  kita  lupaNya , leka   dengan  kewajipan    kita .  Ada hikmahnya  kenapa  Allah turunkan segala dugaan kan .  Hmm sabar tuu  yang penting kan . Dalam kata lain , sabar itu indah . Muehehehehe  .


Okay hari nie berapa hari bulan ehh  ? 7 Oktober 2013 kan ? Hari nie hari jadi Wina . Happy  birthday saying ! Best laa dia . Semalam dia dah graduate , hari nii birthday dia plak .  Syera  tengok dia happy sekarang dengan  life dia  lagi2 bahagia  bersama orang tersayang . Semoga Wina dengan si dia kekal hingga ke jinjang pelamin . Amin . Syera doakan :)


  Hari   nie  jgak  lahir  arwah  nenek  marka  Syera . Semoga beliau  ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman . AlFatihah.  Kepada si marka , kuatkan hati awak . Selalulah berdoa untuk nenek awak . Saya tau  awak  sangat  rapat  dengan  nenek   awak   walaupun  awak   tak   pernah  cerita kat saya . Just you have to be strong sayang . Syera tau awak memang kuat pon . Awak pun selalu cakap macam tuuu kan . Hehe.


Hmm tu ja kot yang Syera nak  update . Terasa  mengantok pulak . Esok ada test plak . Haihh . Student  life memang macam ni kan . Okay my sayang 2 semua . Jumpa next time yaaaa .!





With  Love ,==== SYERA SHUSHIE====

Thursday 19 September 2013

SAHABAT

      
Sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dengan kita selain menjadi tempat kita berkongsi dan menceritakan permasalahan hidup dan sahabat juga menjadi penasihat dan pembimbing kita di kala kita kesusahan . Namun sahabat juga terkadang boleh menjadi racun dalam kehidupan kita jika kita salah memilih.
 
*Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kita  harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Betoi dak ? Huuu~
 
 
Contoh la kan , melarang dia  membuat itu dan ini malah  sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kita  terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kita  saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya
 
 
 
 
 * Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidik dulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah sahabat kita  itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.
 
 
 


*Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kita bersikap mengalah. Kita  dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kita  sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuan kita  semata-mata mahu menjaga hati dan perasaan kita  Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kita  pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya.
 
 
*Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kita sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan kita sendiri .
 
 
 
 


*ambil dari rujukan :



CARA-Cara memilih Sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


:: tu ja kot yang boleh syera kongsi . Heeee . Jumpa lagi  uolssss  :)



With Love ,

Syera Shushie  XOXO




 
 
 

 

Wednesday 11 September 2013

Tiada Jodoh Antara Kita

       

Kehidupan kita bergantung kepada takdir semata-mata ...
Ajal dan jodoh semua ketentuanNya...
Tapi bagaimana soal perasaan yang terpendam. Cinta kita ibarat tertanam selamanya...
 
 
 
Mmg tiada jodoh antara Syera dengan si dia setelah dia mengungkapkan  bahawa hubungan kami tidak dapat diteruskan.
 
SEBABNYAA ??
 
Biar Syera dgn si dia  saja yang tahu sebabnya . Cuma Syera berdoa agar dia bahagia bersama bakal tunang pilihan ibunya . Memang tiada jodoh antara kita . Syera redha .
 
 
Terima kasih atas kasih sayang awak terhadap Syera selama lima bulan  kita berkawan .
Maafkan Syera sepanjang kita berkawan kerana Syera tau Syera banyak menyakitkan hati  dan banyak menyusahkan awak .
 
 
Syera harap tiada benci di antara kita . Tak semestinyaaa kalau dah jadi Ex , kita perlu bermusuh . Tidak , Syera tak membenci awak . Dan Syera harap benda yang sama dari awak .
 
 
Akhir sekali , good luck and all the best in your life . Syera doakan kebahagiaan awak bersama si dia . Amin . Kalau ada rezeki , kita ketemu lagi .
 
 
 
 
WITH  LOVE ,
..syera shushie ..