16 April 2012 - aku menangis , aku tak berdaya , aku lemah , aku seorang perempuan yang tak kuat . Tidak sama kali . Kenapa aku tak kuat mcm perempuan lain ? Aku sendiri tiada jawapan untuk soalan itu . Mungkin aku dilahirkan utk menjadi perempuan yang hati tersangatlah lembut , cepat tersentuh , menyusahkan hidup orang lain dan semestinya kaya dengan air mata . Pemarah ? Bukan sifatku Tapi tipu lah jika manusia tidak pernah marah . Aku juga pernah mempunyai perasaan marah tetapi marahku cumalah sementara .
Apa yang terjadi pada hari ini lah tidak dapat aku lupakan . Dan untuk awak gule hati , saya mintak maaf banyak2 kerana telah mengecewakan dan menyakitkan hati awak pada hari ini . Tapi percayalah apa yang saya buat tadi itu bukan sengaja . Tapi ada sebab . Saya telah memberi penjelasan dekat awak kenapa saya tidak menyertai awak tadi . Kalau lah awak tahu , saya memang nak pergi dekat awak tadi tapi saya tak boleh . Saya memang tidak boleh berdiri apatah lagi berjalan ke arah awak .Kalau lah awak tahu .....Yaa kalau lah awak tahu .
Andai awak tahu tak saya menyertai badminton semuanya untuk awak ? Kalau lah awak tahu antara permainan yang saya tidak suka ialah badminton . Tapi bila awak mengajak saya bersungguh2 dan hari sabtu ini ialah setahun ulang percintaan kita , saya bersetuju untuk menyertai awak . Saya nak awak happy jaaa dan saya tak nak mengecewakan . Malangnya saya rasa saya dah kecewakan awak . Maafkan saya .
Dua hari lagi ulang tahun percintaan kita . Ya Allah , saya rasa cepatnya setahun kita berkawan . Tapi ... saya teramatlah sedih . Mungkinkah kita dapat menyambut hari bahagia trsebut ? Adakah awak akan ingat hari tersebut setelah terjadinya perkara tadi ? Saya tak tahu . Saya terkelu apabila awak mula meninggikan suara dan mengeluarkan kata yang tak sepatutnya . Ya Allah , kalau lah awak boleh melihat reaksi muka saya ketika itu . Kalau lah awak dapat rasa apa yang saya rasa . Kalau lah saya boleh putarkan masa itu balik . Kalau lah saya boleh berdiri dan berjalan menuju ke arah awak . Kalau lah .... Saya memang terkelu .
Kalau lah saya boleh bagitau awak yang time awak daftar nama kita berdua , saya dah mula berlatih untuk main badminton padahal saya memang tak pandai dan tak suka bermain badminton . Kalau lah awak tahu .... Saya cuma boleh berdiam sebab awak tidak mahu mendengar penjelasan saya . Ya Allah , saya dah kehilangan kata . Kalau saya boleh baik pulih keadaan ini tapi saya dah tak boleh . Mungkin awak dah bencikan saya . Maafkan saya . Saya rasa saya dah jadi terbaik untuk awak tapi saya rasa saya salah .
19 April 2014 nie dah setahun kita berkawan . Happy Anniversary to us . Saya harap awak ingat tarikh nie walaupun awak masih marah dengan saya .
With Love _Syera _ Shushie
No comments:
Post a Comment