Hai ! You all sihat ke? Harap2 sihat la ye . Hihi . Kite budak baru kat blog ni . Ekceli malas nak update blog sebab tiada masa yang terluang . Eh eh betoi ka bahasa aku ni ? Opps . Biarlah kita memperkenalkan diri kite ni . Semua benda baru mesti kena ada perkenalan baru kan . Nama penuh kite Nurul Syahirah binti Abdul Hady . Boleh panggil Syera . Senang sikit kan . Terima kasih kat mama dengan bapak sebab bagi nama tu walaupun nama tu ringkas tetapi bermakna buat Syera . Sebab apa bermakna ? Hmm tak payah bagitau kot . Maluuu . Haha .
Syera dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang pada tanggal 25 Mei 1993 . Kite anak jati Pulau Pinang tau . Hihi . Syera anak sulung dari tiga adik -beradik . Susah jugak sebab jadi Kak Long dalam famili . Banyak tanggungjawab . Contohnya , kena bagi teladan yang elok2 dekat adik2 ni haa. Syera ada dua adik lelaki kembar yang tersangatlah nakal . Haha . Mohamad Ikram dan Mohamad Ikhwan nama diberi . Depa selalu ada untuk Syera kalau Syera nak mintak tolong .
Haha terkeluaq pulok bahasa penang kite . Sorrryyy .
Syera mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi diri ini . Terasa diri ini anak keemasan mereka Cehwahh . Eh takdak lah selalu muka ni haaa kena marah dengan mama dengan bapak . Mama Syera ,Puan Norma seorang yang lemah -lembut walaupun mukanya nampak garang tapi mama seorang yang sporting cuma kuat berletiaq sikit . Kalau tengok muka Syera ja kat rumah , hobinya pot pet pot pet . Hahaha . Tapi mama kite pandai masak . Bukan macam Syera . Tau masak sikit-sikit je.
Bapak kita , Encik Abdul Hady pulak seorang yang open-minded , pakar motivasi bagi kami tiga beradik dan selalu bercerita tentang cinta .CINTA ? oppss . Yang Syera suka pasai bapak . Bapak suka back up Syera kalau mama mula membuka mulut .Maksudnya bila mama mula berbicara . Hihik! Apapun Syera bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat menyayangi diri ini .Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku sebuah keluarga yang cukup sempurna. Panjangkanlah umur mereka supaya mereka dapat melihat anak-anak mereka ini berjaya sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir mereka.
Arggggh ngantok la pulok . Eh lupa esok Syera ada kelas laaa . Kelas kui 8 pagi . Malasnyeeee.
I got to go ! Bye you all . Assalamualaikum and mornight :)
With Love XOXO ,
... Syera Shushie ...
No comments:
Post a Comment