Monday 26 August 2013

Dugaan Dalam Bulan Disember 2012

      Alohaaaa guys ! Semua sihat hari ni ? Mesti laaa sihat kan . Me too! Alhamdulilah sebab kita masih bernafas lagi hari ini . Hihi . Time2 macam ni , mesti ramai yang tengah dibuai lena kan . Sepatutnya Syera dah dibuai mimpi kalau balik dari kelas tapi pelik petang ni tak boleh nak tidoq pulok petang nii . Eh eh kenapa eh ? Adakah penangan nescafe pagi  tadi ? Haha udah udah . Sorry Syera memang suka merapu . Hihik .


      Tadi  time Syera  tengah  landing  atas katil , tetiba Syera teringat balik peristiwa2 yang berlaku tahun 2012 . Maknanya tahun lepas la kan ? Hahaha. Antaranya ialah time Syera tengah praktikal kat Pusat Dalam Komuniti Pinang Tunggal . Syera ada salah paham sikit dengan seorang teman baik disebabkan boyfriend dia . Sebenarnya benda tuu kecik , tapi bila ada mulut orang yang suka menokok tambah , jadi laa besar . Hahaha . Tapi masalah tuu dah setel dah . Kami berkawan lagi selepas itu . Cehwahh . Skemanyaaa ayatku . Yang tak bestnya , time kejadian tu ,nak tau tarikh dia bila ?  12.12.12  Ishh lawa tau tarikh tu tapi tulaaa time tu la nak gaduh2 semua sampai Syera teriak . Hoho. Takpa , tu dugaan Allah yang pertama dalam bulan Disember .


   Nak tau tak dugaan yang kedua?  Dugaan kedua pada 28 Disember 2012 . Time tu Syera dengan seorang kawan ni Cik Peah ( bukan nama sebenar) nak hantaq kawan kami yg sorang lagi balik,  Cik Saaodah ( bukan nama sebenar)  . Kami hantaq dia kat Teluk Kumbar , Pulau Pinang . Rumah kawan Syera , Cik Saaodah ni dipecah masuk oleh budak-budak lingkungan 14-17 tahun . Nak tau depa curi apa? Baju dengan seluaq . Nasib baik pakaian dalam  depa tak sempat nak curi kan . HAHA.
Syera dengan Cik Peah ni tunggu ja dalam kereta sambil tunggu Cik Saaodah ni buat report polis ni kat balai polis Teluk Kumbar . Time tu ayah dia tengah bekerja . Mak pon dah lama tadak . Hmm . Kesian kan . Syera punya boring dok dalam kereta , ajaklah Cik Peah ni keluaq cuci-cuci mata . Oh mak engkau .Polis2 kat situ hensem2 belako . Time tu Syera gatai sikit laa sebab tengah single mingle. Hahaha.


     Kami  balik  Bertam ,  Kepala Batas  agak  lewat  jugak  dalam   pukui  9 malam . Nak jadikan cerita  tengah  Syera  sembang  dengan Cik Peah dan Cik Saaodah , Cik Peah tiba2 nak buat u-turn kat jalan bengkang -bengkok kat Teluk Kumbar tuu . Syera dengan Cik Saaodah menjerit . Tetiba kereta kat belakang rempuh kereta kami . Nasib kami baik sebab tak jadi apa-apa . Nasib baik bus rapid tak lalu time tu . Kalau  tak , memang sekarang kami bertiga dah tak ada . Teringat pulok Syera , jalan tu jugak laa kawan Syera , arwah Syaza Azemi mengalami kemalangan dan meninggal dunia . Al-Fatihah . Rindu pulak Syera kat dia . Apa khabar dia yaa di alam sana ? Harap2 hang baik-baik di sana ya sayang .  Nasib baik kereta pon tak terok sangat . Kami hantaq kereta ke bengkel dan.....
Cik PEAH bertemu jodohnya di bengkel tersebut . So  sweeeeetttttt . Bersyukur sangat sebab Allah masih panjangkan umur kami bertiga . Terima Kasih Ya Allah :)



 Eh eh , rasa dah pukui 5.15 . Jom mandi dan solat Asar lu yaaa . Nanti ada cerita lagi , Syera bagitau okay . Thanks guys sebab sudi membaca blog Syera yang serba kekurangan ni . Thanks again . Love you , guys !

With Love XOXO --- Syera  Shushie ---


1 comment: